Arowana adalah sejenis ikan pendaging (carnivorous). Di alam
liar, makanan rutinnya terdiri daripada serangga, ikan - ikan kecil, udang -
udang kecil, cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana,
tetapi ia juga boleh dilatih untuk memberi kepelbagaian makanan alternatif yang
lain. Memperbagaikan makanan arowana adalah satu kemestian, bagi mengelakkan
dirinya daripada kekurangan zat - zat makanan sebagai sumber utama
tumbesarannya.
Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan 3 kali sehari,
arowana muda (15 - 35sm) 2 kali sehari manaklala arowana besar (35sm keatas)
pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggal kandungannya
lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan
permasaalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). jika arowana terlebih
diberi makan dalam jangka waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula
kehilangan selera untuk makan, justru akan melaparkan dirinya selama beberapa
hari. terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka hayat arowana malah
memudaratkan keupayaannya untuk membiak.
Makanan hudup umumnya lebih berzat berbanding makanan
sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit
adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan - makanan
hudup haruslah dikuarentin beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika
anda khuatir dengan jenis - jenis makanannya yang tertentu, kata - kata ingatan
buat nada tentang perkara ini ialah ; "Jika terdapat sebarang keraguan,
jangan sesekali menggunakannya"
CENGKERIK
Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk
arowana. Risiko wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai
bagi setiap jenis arowana. Kaki cengkerik yang berduri harus, haruslah dibuang
sebelum diberi kepada anak - anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus.
Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada
dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari
dengan racun serangga perosak. Anda juga bolaeh memberi makan cengkerik -
cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan
kepada arowana. Ini adalah cara terbaik untukmemindahkan khassiat kepada
arowana. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna Arowana
(terutama sekali arowana kategori merah).
LIPAS
Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati
kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga.
Adalah dinasihatkan supaya kuarentin lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini
bertujuan sebagai pengesahan, kepada lipas - lipas yang telah dicemari racun
serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.
LIPAN
Lipan juga adalah sejenis makanan arowana yang sangat
berkhasiat. Ia sering digunakan di Asia khususnya bagi meningkatkan warna
arowana.
IKAN HIDUP
Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam
bolehlah dijadiakan makanan arowana. Ikan - ikan umpama seperti ikan - ikan
peragut kecil, anak - anak koi, anak - anak keli, anak - anak toman dan anak -
anak talapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat
potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Justru,
langkah yang bijak adalah dengan mengkuarentin bagi mengetahui ikan - ikan yang
sakit. Untuk memindahkan zat - zat atau unsur =- unsur ubatan kepada arowana
ikan - ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan - makanan yang
berzat. Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak
dan dibimbangi akan mengundang masalah sindrom mata jatuh. ikan mas juga
dipercayai mengandungi enzim - enzim yang mampu menyusutkan zat - zat dalam
tubuh arowana. Oleh itu, amat tidak digalakkan penggunaan ikan mas dijadikan
makanan kepada arowana.
UDANG KECIL & SEDERHANA
Udang bersaiz kecil dan saiz serdehana kaya dengan vitamin
A. Elakkan memberi makan anak - anak arowana dengan makanan jenis ini kerana
kulit udang sukar untuk dicerna, malah boleh mencederakan usus arowana. Gunakan
kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udnag -
udang ini berlegar didasar tangki. Jika dibiarkan berterusan pasti menjerumus
arowana untuk mencari dan merenung kedasar dalam tempuh yang tertentu, justru
dikhuatiri akan menyegerakan sindrom amta jatuh. Adalah diingatkan udang juga
berpotensi dalam penyebaran wabak penyakit.
CACING BURUNG
Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat.
Elakkan daripada diberi kepada anak - anak arowana, kerana cengkerang atau
kulitya uang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada
masalah ketidakcernaan atau kecerderaan dalaman. gunakan hanya cacinag burung
yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya. kulit cacing burung yang berwarna
gelap menandakan ia agak tua. Jadi pilihlah cacing yang berwarna cerah. Tekknik
melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan,
itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing
burung tersebut haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah
ketidakhadaman.