Monday 2 June 2014

Video


Pemasangan Cip Pada Ikan Arowana Untuk Pengenalan Ikan.


Pemeriksaan Ikan Arowana





Harvesting Arowana 1


Harvesting Arowana 2






Monday 19 May 2014

CARA - CARA MEMASUKKAN IKAN AROWANA KE DALAM AKUARIUM

Arowana yang baru dibeli tidak boleh dimasukkan terus kedalam akuarium. Ini bagi mengelakkan ikan tersebut mengalami tekanan dan juga terkejut. Justeru itu terdapat beberapa langkah bagi memasukkan arowana kedalam akuarium dengan selamat seperti:

1.       Apungkan beg plastik yang berisi Arowana ke dalam akuarium.
2.       Buka beg plastik dan campurkan air kedalam akuarium dan beg plastik.
3.       Bebaskan ikan perlahan-lahan.

4.       Biarkan ikan didalam akuarium.

PERSEDIAAN TEMPAT UNTUK MELETAKKAN AKUARIUM

1.     Tempat yang sesuai dengan saiz akuarium yang dibeli.
2.     Jauh dari tempat orang (kanak-kanak) bermain untuk mengelakkan tekanan kepada ikan.
3.     Tempat yang cukup cahaya matahari (tidak kurang atau lebih cahaya matahari).
4.     Permukaaan akuarium paling sedikit biar terdedah kepada cahaya matahari sebelah timur tetapi dilapisi dengan langsir atau kain.

*Nota penting lokasi akuarium:
-         cahaya matahari yang sesuai
-         senang untuk diperhatikan
-         permukaan meja yang rata
-         tidak terdedah (tertutup)
-         senang untuk diselengara


CARTA PERBANDINGAN ANTARA JENIS AROWANA

VARIETY OF AROWANA
CROSS BACK GOLD
RED TAIL GOLD
SUPER RED
GREEN
YELLOW TAIL
OTHERS NAME
MALAYSIA GOLDEN, MALAYAN BONYTONGUE
INDONESIA OR SUMATRA GOLDEN
FIRST RED GRADE
GREEN
BANJAR RED,1.5 GRADE RED
PLACE OF ORIGIN
WEST MALAYSIA
SUMATRA,
INDONESIA
KALIMANTAN INDONESIA
MOST ASIAN COUNTRIES
KALIMANTAN, INDONESIA
PROMINENT FEATURES
GOLD RIM UP TO 6TH LEVEL WHEN MATURE
GOLD RIM ONLY UP TO 4THLEVEL AND HAS DARK TOP
RED IN ALL FINS,NO BLACKS
BROWNISH FINS, LATERAL LINE VERY PROMINENT
TAIL IS YELLOW WHEN MATURE, RED WHEN YOUNG
MATURE AGE
3-4 YEARS
3-4 YEARS
4-6 YEARS
2.5-3 YEARS
2.5-3 YEARS
AGGRESSIVENESS
MOST AGGRESSIVE
MOST AGGRESSIVE
RATHER TAME
VERY TAME
VERY TAME
COMMUNITY TANK
ALMOST IMPOSSIBLE
ALMOST IMPOSSIBLE
POSSIBLE
POSSIBLE
POSSIBLE
RELATIVE PRICE
VERY EXPENSIVE
MODERATE PRICING
QUITE EXPENSIVE
CHEPEAST AMONG ALL
SECOND CHEAPEST
AVAILABILITY
RARE
WIDELY AVAILABLE
WIDELY AVAILABLE
IN GREAT ABUNDANCE
IN GREAT ABUNDANCE

VISI DAN MISI

VISI
SGL Arowana (Shazac Golden Lake Arowana Sdn. bhd.) sentiasa mematuhi etika serta peraturan untuk mencapai misi bagi menjadikan sebuah syarikat pembekal ikan arowana yang bermutu tinggi.


MISI
SGL Arowana (Shazac Golden Lake Arowana Sdn. bhd.) akan menghasilkan baka ikan Arowana yang berkualiti dan bermutu tinggi bagi memastikan kepuasan kepada para peminat ikan Arowana. Disamping itu, SGL Arowana juga akan menjadi sebuah syarikat yang dapat memberikan saingan yang hebat kepada sayarikat - syarikat besar lalu menjadi sebuah syarikat penternakan ikan Arowana yang terkemuka di dunia.

Monday 5 May 2014

PROJEK KOLAM

Kami sedang mengusahakan projek untuk membina kolam - kolam baru. Di sini kami selitkan beberapa maklumat serta gambar tentang apa yang kami lakukan.












PENJAGAAN AROWANA

Dalam penjagan arowana perlu diberikan perhatian yang tinggi kerana cara penjagaan kita yang betul akan mempengaruhi warna, kecergasan dan kesihatan ikan arowana . Terdapat beberapa perkara yand perlu diambil berat kerana untuk memelihara Arowana bukanlah senang namun jika dilakukan dengan betul, tidaklah sesusah mana. Malah memberi kepuasan apabila memberikan hasil yang memuaskan daripada penjagaan yang betul. 



1. MAKANAN IKAN AROWANA
2. TIPS PENGJAGAAN IKAN AROWANA
3. JENIS-JENIS IKAN AROWANA
4.CARA-CARA MEMASUKKAN IKAN AROWANA KE DALAM AKUARIUM

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang maklumat dan pertanyaan mengenai harga bolehlah hubungi kami seperti berikut:


Shazac Golden Lake Arowana Sdn. Bhd.
(SGL Arowana)

Marketing:
Angah : 012-5064619
Ahmad Ridzwan : 012-3689851

CEO:

Mohd Safuan : 013-2535902

Tuesday 29 April 2014

MAKANAN IKAN AROWANA

Arowana adalah sejenis ikan pendaging (carnivorous). Di alam liar, makanan rutinnya terdiri daripada serangga, ikan - ikan kecil, udang - udang kecil, cacing dan amfibia kecil. Makanan mentah amat digemari arowana, tetapi ia juga boleh dilatih untuk memberi kepelbagaian makanan alternatif yang lain. Memperbagaikan makanan arowana adalah satu kemestian, bagi mengelakkan dirinya daripada kekurangan zat - zat makanan sebagai sumber utama tumbesarannya.

Arowana kecil (bawah 15sm) harus diberi makan 3 kali sehari, arowana muda (15 - 35sm) 2 kali sehari manaklala arowana besar (35sm keatas) pula sekali sehari atau berselang sehari. Ikan hidup yang tinggal kandungannya lemak, hanya boleh dijarakkan pemberiannya kepada arowana bagi mengelakkan permasaalahan sindrom bermata jatuh (down-eyed syndrome). jika arowana terlebih diberi makan dalam jangka waktu yang berterusan, ini menyebabkan ia mula kehilangan selera untuk makan, justru akan melaparkan dirinya selama beberapa hari. terlebih diberi makan juga mampu memendekkan jangka hayat arowana malah memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Makanan hudup umumnya lebih berzat berbanding makanan sejawatnya yang lain. Walaubagaimanapun, risiko penyebaran wabak penyakit adalah lebih tinggi dengan kepenggunaan makanan jenis ini. Makanan - makanan hudup haruslah dikuarentin beberapa hari sebelum diberi kepada arowana. Jika anda khuatir dengan jenis - jenis makanannya yang tertentu, kata - kata ingatan buat nada tentang perkara ini ialah ; "Jika terdapat sebarang keraguan, jangan sesekali menggunakannya"

CENGKERIK


Cengkerik adalah sejenis makanan yang berkhasiat untuk arowana. Risiko wabak penyakit juga rendah. Gunakan saiz cengkerik yang sesuai bagi setiap jenis arowana. Kaki cengkerik yang berduri harus, haruslah dibuang sebelum diberi kepada anak - anak arowana bagi mengelakkan kecederaan usus. Dapatkan cengkerik yang diternak daripada penternak cengkerik sahaja (yang ada dijual di kedai ikan), memandangkan cengkerik liar dibimbangi telah dicemari dengan racun serangga perosak. Anda juga bolaeh memberi makan cengkerik - cengkerik dengan makanan bervitamin seperti lobak merah sebelum diserahkan kepada arowana. Ini adalah cara terbaik untukmemindahkan khassiat kepada arowana. Vitamin A daripada lobak merah mampu meningkatkan warna Arowana (terutama sekali arowana kategori merah).

LIPAS

 
Sama seperti cengkerik. Jangan sesekali beri lipas mati kepada arowana kerana dikhuatiri lipas tersebut telah dicemari racun serangga. Adalah dinasihatkan supaya kuarentin lipas beberapa hari sebelum digunakan. Ini bertujuan sebagai pengesahan, kepada lipas - lipas yang telah dicemari racun serangga pasti akan mati dalam tempoh beberapa hari kemudian.


LIPAN



Lipan juga adalah sejenis makanan arowana yang sangat berkhasiat. Ia sering digunakan di Asia khususnya bagi meningkatkan warna arowana.




IKAN HIDUP

Selagi ia tidak beracun manakala saiznya mudah untuk dihadam bolehlah dijadiakan makanan arowana. Ikan - ikan umpama seperti ikan - ikan peragut kecil, anak - anak koi, anak - anak keli, anak - anak toman dan anak - anak talapia adalah antara yang boleh digunakan. Perlu diingat, terdapat potensi penyebaran wabak penyakit apabila makanan jenis ini digunakan. Justru, langkah yang bijak adalah dengan mengkuarentin bagi mengetahui ikan - ikan yang sakit. Untuk memindahkan zat - zat atau unsur =- unsur ubatan kepada arowana ikan - ikan tersebut haruslah diberi makan dengan makanan - makanan yang berzat. Sesetengah ikan seperti ikan mas misalnya, kaya dengan kandungan lemak dan dibimbangi akan mengundang masalah sindrom mata jatuh. ikan mas juga dipercayai mengandungi enzim - enzim yang mampu menyusutkan zat - zat dalam tubuh arowana. Oleh itu, amat tidak digalakkan penggunaan ikan mas dijadikan makanan kepada arowana.



UDANG KECIL & SEDERHANA

Udang bersaiz kecil dan saiz serdehana kaya dengan vitamin A. Elakkan memberi makan anak - anak arowana dengan makanan jenis ini kerana kulit udang sukar untuk dicerna, malah boleh mencederakan usus arowana. Gunakan kuantiti udang yang perlu sahaja dan jangan sesekali dibiarkan sehingga udnag - udang ini berlegar didasar tangki. Jika dibiarkan berterusan pasti menjerumus arowana untuk mencari dan merenung kedasar dalam tempuh yang tertentu, justru dikhuatiri akan menyegerakan sindrom amta jatuh. Adalah diingatkan udang juga berpotensi dalam penyebaran wabak penyakit.


CACING BURUNG


Cacing burung (mealworm) amat menyihatkan lagi berkhasiat. Elakkan daripada diberi kepada anak - anak arowana, kerana cengkerang atau kulitya uang keras kelak menyukarkan penghadaman dan akan menjurus kepada masalah ketidakcernaan atau kecerderaan dalaman. gunakan hanya cacinag burung yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya. kulit cacing burung yang berwarna gelap menandakan ia agak tua. Jadi pilihlah cacing yang berwarna cerah. Tekknik melemaskan cacing burung sebelum diberikan kepada arowana adalah disyorkan, itupun jika arowana dapat menerima cacing burung yang telah mati. Kepala cacing burung tersebut haruslah dibuang terlebih dahulu bertujuan mengurangkan masalah ketidakhadaman.

AROWANA

Jenis arowana:




GOLDEN HEAD AROWANA




BANJAR RED AROWANA





BLACK AROWANA




CROOS BACK GOLDEN AROWANA





HIGH BACK AROWANA





MALAYSIA GOLDEN AROWANA


TIPS PENJAGAAN IKAN AROWANA

Di sini kami menyediakan langkah-langkah untuk penjagaan ikan Arowana/Kelisa

Pertama apa yang anda patut sediakan:
*Ukuran akuarium ideal P x L x T = 150x60x70cm    
*Lampu UV (sebagai lampu penerang akuarium)
*Filter air, dapat menggunakan salah satu dari          berikut :
  - Filter terbuka (top filter dan filter tank)
  - top filter tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan getaran yang akan mengganggu ikan
  - Filter tabung (Canister)
*Media filter (bergantung pada kapasiti air aquarium anda) kapas, biofoam, bioball, karbon aktif dan zeolit. *Thermometer.
*Aerator AC/DC
*Heater (hanya digunakan sebagai P3K saat ikan terkena jamur/mata kabur dan set pada suhu 32ºC) *Garam Ikan.
*Power Head (bila diperlukan).
*Fish net (yg halus) atau selang ukuran 5/8 inch dapat digunakan untuk mengambil kotoran ikan.
*Tutup akuarium, supaya ikan arowana tidak melompat keluar.

Tips:
*Ketebalan kaca akuarium minimal 10 mm – 12mm.
*Rendam akuarium dengan air garam (± 20 gram/100 liter) sekurang2nya 2 kali sampai bau silikon hilang. *Gunakan heater hanya utk merawat ikan arowana yang sakit.
*Jangan gunakan fish net jika telah digunakan pada ikan sakit di akuarium.
*Rendam fish net dengan air garam ± 30 detik kemudian keringkan setelah digunakan.
*Masukkan garam ± 20 gram (1 genggam) per 200 liter ke dalam air akuarium sebelum ikan masuk. *Gunakan lampu UV terbaik untuk memaksimalkan / menaikan warna ikan.

Tips Menyediakan air untuk arowana

Tahap atau cara Pengisian air akuarium baru:

Cara I :
1.Rendam akuarium baru dengan air dan garam ikan (satu genggam/20 gram per 100 lt air) selama satu malam
2.Buang air endapan semalam dan ulangi sekali lagi
3.Isi air akuarium dan beri aerasi (gelembung air / oxigen air pump)
4.Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
 5.Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru

Cara II:
1.Rendam akuarium dengan air dan karbon aktif (1 kg karbon aktif/100 ltr air) selama satu malam (karbon aktif dimasukkan dalam bekas atau kantong kemasan/kasa)
2.Buang air endapan semalam
3.Keringkan akuarium
4.Isi air akuarium dan beri oxigen (gelembung air)
5.Tambahkan garam ikan (satu genggam per 200 lt air)
6.Akuarium telah siap digunakan untuk masuk ikan baru

Tips:
*Karbon aktif yg telah terpakai untuk perendaman jangan dibuang
*Karbon aktif dapat digunakan sebagai media filter di akuarium
*Masa menjalankan rawatan untuk ikan yg sakit karbon aktif sebaiknya dikeluarkan dari filter media *Jangan gunakan garam dapur/ beryodium untuk perendaman
*Akuarium baru jangan TERUS diisi dengan ikan sebelum melalui proses perendaman terlebih dahulu.

Tips Memelihara Arowana

MENGATASI IKAN BENGONG

Gejala awal:
1.Ikan tidak ada nafsu makan
2.Ikan tidak terlalu aktif
3.Jangka waktu lama warna ikan pudar/pucat
4.Berdiam diri di dasar
5.Tidak meberi respon seperti biasa

Penyebab:
1.Suhu air dibawah 28º C
2.Perbezaan pH air terlalu jauh. pH arowana 6,5 – 8
3.Memberi makan yg berlebih
4.Mutasi ikan ke akuarium baru
5.Perbezaan parameter air masa penukaran air
6.Kadar nitrit, nitrat dan amonia tidak normal
7.Kualiti air yg teruk (kotor)
8.Air tidak diganti dalam jangka waktu yg lama
9.Media filter tidak pernah di bersihkan
10.Ruang akuarium terlalu besar/kecil bagi ikan

Pencegahan:
1.Jangan beri makan berlebihan
2.Akuarium jangan dipukul-pukul / ketuk
3.Matikan lampu akuarium setelah 12 jam
4.Letak akuarium ditempat yang sunyi atau kurang orang lalu lalang

Cara megubati:
1.Pasang heater dan naikkan suhu menjadi 32º C
2.Pasang arus (power head) bersesuaian dengan kapasiti air
3.Berikan ikan kawan @ tankmate (kaviat, Sumatra atau pink tail)
4.Ganti air 25% dengan air baru yg diendapkan
5.Pindahkan ikan tersebut ke akuarium lain dengan ukuran lebih besar

Tips:
*Jika ikan bengong dan tidak ada hafsu makan,berikan arowana vital sesuai dengan aturan pemakanan yg
  tetap.
*Tambahkan arowana 4 ekor dengan ukuran yg sama apabila akuarium cukup besar.


Contoh barang-barang untuk penjagaan ikan Kelisa/Arowana:



TOP FILTER


FILTER TANK


CANISTER

BIOBALL


ZELIOT


KARBON AKTIF


 LAMPU UV



Jenis-Jenis Ikan Arowana

Banjar Red Arowana


Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.

Green Arowana


Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat  berpatutan dan senang dibiakkan.

Malaysia Golden Arowana

Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase'iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.

Platinum Arowana



Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini.
Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

Red Tail Golden Arowana



Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.

Silver Arowana


Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.

Super Red Arowana



Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'


PENGENALAN IKAN KELISA

PENGENALAN IKAN KELISA.

Ikan Kelisa (bahasa inggeris Arowana) juga dikenali sebagai "Bony - tonged Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimpot khususnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkn oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan kelasik yang bermutu tinggi.
Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tonged (lidah-bertulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa,'lidah' yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

TEMPAT IKAN KELISA DITEMUI

Ikan Kelisa adalah spesies asli sungai - sungai di Asia Tenggara khususnya Indonesia. Ada empat varietas warna yangb terdapat di lokasi:

·    Hijau, ditemukan di Indonesia,                 Vietnam, Birma, Thailand, dan          
    Malaysia
·     Emas dengan ekor merah, ditemukan     di Indonesia
·     Emas, ditemukan di Malaysia
·       Merah, ditemukan di Indonesia
Ikan kelisa terdaftar dalam daftar spesies langka yang berstatus "terancam punah" oleh IUCN tahun 2004. Jumlah spesies ini yang menurun kerana sering diperdagangkan kerana nilainya yang tinggi sebagai ikan akuarium, terutamanya oleh masyarakat Asia. Pengikut Feng Shui dapat dapat membayar harga yang mahal untuk seekor ikan ini.




















Selamat Datang ke Blog Shazac Golden lake Sdn


Salam Sejahtera, kepada semua peminat dan penggemar ikan hiasan terutama peminat ikan arowana (kelisa).
 
Di sini kami menyediakan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan ikan kelisa/arowana  bagi penggemar ikan arowana yang masih baru mahupun lama. Kami berharap anda berminat dan selesa mengunjungi laman kami untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat dan perbincangan. Kami turut mengalu-alukan cadangan dan sokongan bagi menambahbaik maklumat untuk dikongsi bersama dengan para penggemar ikan arowana lain.
 
Kami berharap para penggemar ikan arowana sedia berkongsi maklumat dan memiliki produk-produk yang kami tawarkan.


Terima kasih kerana mengunjungi blog kami :)